Thursday, February 16, 2012

Intipati Surah Al Baqarah: Kisah Adam, Hawa, Habil dan Qabil


Mengenai asal usul Qabil dan Habil.Mereka merupakan anak kepada Nabi yang pertama di turunkan ALLAH ke bumi iaitu Nabi Adam a.s.bermula kisahnya apabila Nabi Adam di ciptakan ALLAH sebagai manusia(khalifah) pertama di muka bumi ini.(Surah al-Baqarah ayat 30)
Dan kemudiannya ALLAH menjadikan pasangan untuk Nabi Adam a.s iaitu Hawa.
Kisah Qabil dan Habil merupakan kisah pembunuhan pertama di dunia.Dan kisah mereka telah di tulis ALLAH dalam al-quran surah al-mai’dah ayat 27-32.Cerita ini bukanlah cerita yang hanya di tuju pada Habil dan Qabil sahaja,malah kisah ini di tujukan pada kesemua manusia untuk di ambil sebagai pengajaran.Cerita ini bukan di reka semata-mata tetapi kisah ini merupakan satu kisah yang merupakan sejarah umat islam.
Di sini kita dapat gambarkan 3 Perkara yang mana kita dapat jadikan sebagai pengajaran :
1- Janganlah kita putuskan hubungan sesama keluarga
2- Kita dapat merasakan semangat persaudaraan diantara adik-beradik seperti mana di Palestin,Lubnan dan sebagainya
3- Mengetahui diri kita sendiri iaitu mengetahui zat-zat dalam diri kita

Dan di dalam kisah ini juga terdapat beberapa penyakit yang perlu kita rawat,antarnya :
1- Takabbur
2- Hasad
3- Bakhil
4- Tamak
5- Keras kepala
6- Marah
Kita perlu ketahui samada kita mempunyai penyakit-penyakit di atas atau tidak,kerana berkemungkinan sahaja dengan sifat-sifat di atas membuatkan diri kita terhalang dari mendapat keizinan ALLAH s.w.t untuk masuk kesyurga-Nya.
Baiklah,sekarang kita masuk ke dalam kisah Qabil dan Habil sepenuhnya :
Watak dalam cerita ini adalah : ayah (Nabi Adam a.s) Ibu (Hawa) 2orang anak lelaki(Qabil dan Habil) dan 2 orang anak perempuan
Nabi Adam dan Hawa merupakan penghuni awal di syurga.Dan Hawa juga merupakan ibu pertama di dunia ini yang mengandung dan mendidik anak-anaknya dengan penuh dugaan.Mereka hidup di Syurga dan kemudiannya di campakkan di Bumi atas kesalah yang mereka dilakukan di syurga.
Mereka tewas dengan hasutan syaitan dengan memakan satu pokok yang di namakan pokok al-khuldi yang di haramkan ALLAH untuk didekati bahkan di makan buah itu.Selepas dari perbuatan mereka itu,Adam dan Hawa di campakkan ke bumi.
Kita lihat satu persatu kronologi kisah dengan mengikut satu persatu penyakit yang perlu kita perbaiki.
1- Hasad :
Surah al-baqarah ayat 30 : ALLAH berfirman yang membawa ma’ani(makna) bahawa sesungguhnya ALLAH menciptakan Nabi Adam sebagai khalifah dan dengan penggilan khalifah itu menjadikan Nabi Adam a.s sebagai seorang manusia yang dipertanggungjawabkan untuk memulakan sesuatu yang soleh di muka bumi.Kemudian datanglah iblis yang amat dengki dengan gelaran yang mulia yang di berikan kepada Nabi Adam a.s dan di sebabkan itu ALLAH berikan gelaran khalifah kepada Nabi Adam a.s bukannya pada iblis , dan ini merupakan penyakit yang pertama iaitu HASAD
2- Takabbur
Surah al-Baqarah ayat 32 : ALLAH berfirman yang membawa ma’ani(maksud) Iblis tidak sesekali akan tunduk dengan Nabi adam dan sesungguhnya Iblis merasakan dirinya lagi mulia dari Nabi Adam a.s kerana dia diciptakan dari api tetapi Nabi Adam di ciptakn dari tanah.Iblis sememangnya tidak mengetahui bahawa tanah akan bertambah kerana merupakan tumbuhan akan tetapi api merupakan satu nyalaan yang pada bila-bila masa sahaja boleh padam dan boleh terbakar. ini merupakan penyakit yang kedua yang perlu kita ubati iaitu TAKABBUR.
3- Keras Kepala
Surah al-isra’ ayat 61-64 : ALLAH berfirman yang mambawa ma’ani(maksud) bahawa iblis merasa keras kepala pada ciptaannya yang di ciptakan dari api.Manakala Adam di ciptakan dari tanah.ini merupakan penyakit yang ketiga kita perlu ubah,iaitu KERAS KEPALA.
4- Tamak
Surah Toha ayat 120 – 123 : ALLAH berfirman yang mambawa ma’ani(maksud) bahawa bisikan syaitan agar memakan buah khuldi yang dilarang ALLAH.Disyurga terdapat pelbagai pokok dan tumbuh-tumbuhan yang boleh di makan,akan tetapi Nabi Adam a.s di bisikkan oleh yang syaitan untuk mendekati pokok itu.Ini lah merupakan salah satu penyakit yang perlu di hindarkan oleh kita semua iaitu TAMAK.
5- Taubat
Selepas Nabi Adam a.s dan Hawa di campakkan di Bumi,mereka merasakan amat menyesal dan sentiasa menangis dengan perbuatan mereka,dan kemudiannya Adam dan Hawa bertaubat pada ALLAH untuk merawat penyakit yang ada,dan kemudiannya ALLAH menerima taubat mereka.Itulah beza di antara Nabi Adam a.s dengan Iblis la’natullah.

No comments:

Post a Comment