Thursday, February 16, 2012

Al Baqarah: Kisah Harut dan Marut

Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya tersebut telah menyebut tafsir yang sebenarnya terhadap ayat 102 dari surah al-Baqarah yang menyebut tentang Harut dan Marut itu. Sebenarnya sebab yang membawa turunnya ayat tersebut ialah apabila Syaitan-syaitan pada ketika dahulu boleh mencuri mendengar berita dari langit. Lalu mereka sampaikannya beserta tambahan kepada pendusta-pendusta yang terdiri daripada para dukun dan bomoh Yahudi yang menulisnya di dalam kitab-kitab mereka, lalu mereka mengajarkannya kepada manusia. Sehinggalah pada zaman Nabi Sulaiman orang menganggap ilmu tersebut adalah dari Nabi Sulaiman. Lalu pendeta-pendeta Yahudi mendakwa dengan ilmu tersebutlah Nabi sulaiman dapat menundukkan insan, jin dan angin yang mengikut perintahnya. Inilah perangai Yahudi yang sentiasa mempersendakan para Nabi as dengan pembohongan-pembohongan mereka. Kerana itu ALLAH berfirman:

وما كفر سليمان و لكن الشياطين كفروا يعلمون الناس السحر

Maksudnya : "Dan tidaklah Sulaiman itu kafir, akan tetapi para syaitanlah yang kafir, mereka mengajarkan manusia akan sihir." (al-Baqarah - 102)

Lalu sambungan ayat di atas ALLAH berfirman :

و ما أنزل على الملكين ببابل هاروت و ماروت

Maksudnya : "Dan tidaklah diturunkan kepada dua Malaikat di Babil, Harut dan Marut... " (hingga akhir ayat)

Yang dimaksudkan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di dalam ayat tersebut ialah ilmu sihir yang diturunkan melalui mereka supaya mereka ajarkan kepada manusia bertujuan untuk manusia dapat membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman. Maka apa yang berlaku kepada Nabi Sulaiman itu bukanlah sihir akan tetapi mukjizat kenabian daripara ALLAH swt. Dua malaikat tersebut iaitulah Harut dan Marut telah mengingatkan manusia terhadap sihir tersebut, ALLAH berfirman :

و ما يعلمان من أحد حتى يقولا إنما نحن فتنة فلا تكفر

Maksudnya : "Dan tidak mereka berdua (Harut dan Marut) mengajarkan seseorang manusiapun melainkan mereka berdua berkata : "Sesungguhnya kami ujian (atas kamu semua), maka janganlah kamu kufur."

Inilah secara ringkas yang dapat saya petik daripada buku tulisan Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah tersebut. Ia jelas tidak ada kaitan langsung dengan kisah dua Malikat yang kufur dengan ALLAH. Ia sekaligus menunjukkan betapa berbezanya penafsiran yang sebenarnya dengan cerita-cerita Israiliyyat kaum Yahudi. Semoga ALLAH menjauhkan kita dari tipu daya mereka. Wallahu a'lam.
Harut dan Marut adalah antara malaikat yang diciptakan oleh Allah tetapi tidak tersenarai dalam 10 malaikat yang wajib diketahui.

Menurut al-Quran:
   
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 102)
   
Para mufassirin berlainan Pendapat tentang yang dimaksud dengan 2 orang Malaikat itu. ada yang berpendapat, mereka betul-betul Malaikat dan ada pula yang berpendapat orang yang dipandang saleh seperti Malaikat dan ada pula yang berpendapat dua orang jahat yang pura-pura saleh seperti malaikat.

Raja Babylon ketika itu, ialah Raja Namrud dan beliau amat meminati sihir yang diajar oleh malaikat-malaikat tersebut. Ajaran-ajaran sihir ini telah diturunkan sehinggalah ke hari ini dalam pelbagai bentuk seperti jampi dan mentara.

Selain itu terdapat juga kisah mengenai Harut dan Marut (tidak terdapat di dalam Al Quran) yang dikatakan turun ke bumi sebagai manusia. Mereka yakin bahawa manusia tidak mempunyai banyak cubaan, maka Allah memberi mereka nafsu yang dimiliki oleh manusia. Sebaik sahaja mereka jatuh ke bumi mereka telah dijemput oleh seorang wanita kerumahnya. Mereka telah diberi pilihan, iaitu berzina, membunuh, atau minum arak. Mereka memilih arak kerana menyangka arak merupakan dosa yang paling ringan. Akibat meminum arak mereka menjadi mabuk dan telah berzina dengan wanita tersebut dan kemudian membunuhnya. Selepas itu Allah memberi mereka dua pilihan iaitu diseksa di dunia atau di alam akhirat.
Memandangkan hidup di dunia hanya sementara berbanding akhirat, mereka mengambil hukuman di dunia. Mereka dikatakan digantung secara terbalik disebuah gua di Babil.
Rujukan: al-Qayyim

No comments:

Post a Comment