Thursday, February 16, 2012

Al Quran Menyanggah Teori Darwinism


Daripada kuliah-kuliah tafsir( Kitab Tafsir Nurul Ihsan ) tentang kisah-kisah keburukan Bani Isarel( Yahudi ) yang telah diceritakan oleh Allah di dalam ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah dari ayat 40 sebagai peringatan....salah satunya mengenai kaum Yahudi yang telah ditukar menjadi kera disebabkan kekufuran mereka kerana melanggar perintah Allah( ayat 65 ) ...sedangkan pelbagai nik'mat telah diberikan oleh Allah kepada mereka ketika itu.....antara nik'mat-nik'mat istimewa yang nenek moyang mereka perolehi ada dihuraikan di dalam kitab tafsir tersebut( saya cuma list down sebahagian saja untuk renungan ) :

(1) Dihidupkan semula oleh Allah selepas dimatikan( lihat ayat 56 ) dan keturunan mereka terselamat dari kekejaman Firaun( ayat 49 )

(2) Ketika sesat selama 40 tahun di Padang Tih( bukan Ladang Teh ye...:) - Allah beri mereka makanan dari syurga iaitu mann( bijirin seperti gandum ) yang Allah turunkan seperti embun sehari segantang & salwa( burung sintar ) yang sangat lazat ( ayat 58 )

(3) Diturunkan awan untuk lindungi mereka daripada panas matahari ketika di Padang Tih tersebut; ( ayat 58 )

(4) 12 belahan mata air untuk 12 kabilah dari kalangan mereka - Nabi Musa pukul dengan tongkat pada batu lalu dengan izin Allah, keluarlah mata air...namun mereka tetap kufur (ayat 60 )

Berbalik kepada andaian Teori Evolusi Darwin tadi, cuba kita rujuk kepada ayat 65 dari surah Al-Baqarah:

"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui( bagaimana buruknya ) orang di kalangan kamu yang melanggar( larangan ) pada hari Sabtu( yang keluar menangkap ikan ), lalu Kami berfirman kepada mereka; "Jadilah kamu kera yang hina."

Bila mendengar ulasan tentang ayat ini...memang benar, Al-Quran ada menyebut kisah nenek moyang Bani Israel yang Allah telah jadikan mereka kera ketika itu....itulah antara kisah Bani Israel........so, bagaimana kita menilainya?? Adakah teori Darwin ini berdasarkan pengkajian di atas penemuan fossil nenek moyang mereka( e.g. mungkin ada kaitan dari keturunan yang ditukar menjadi kera ini ) pada abad yang lampau??? Apa pun...itu adalah tentang Bani Israel...Wallahu aklam......atau dalam ertikata lain memerlukan pengkajian untuk membuktikannya melalui Islamic Research??? Apa-apa pun....kita pegang kepada ayat Al-Quran yang jelas...walaupun mungkin tidak dapat dibuktikan, namun ia adalah satu yang perlu kita imani dengan penuh yakin........sesungguhnya..

"Kitab Al-Quran ini sebenarnya tiada sebarang keraguan( sebagai sesuatu yang datangnya dari Allah s.w.t dan sempurnanya ); kemudiannya ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertaqwa" ( Surah Al-Baqarah ayat 2 ).

Wabillah hi taufik wal hidayah....assalamu'alaikum...

No comments:

Post a Comment